Tahap Pertama:
Anak yang baru lahir sehingga mumayyiz (enam tahun ) hendakkah kita
banyak bergurau dan membelai mereka dengan penuh kasih sayang
sebagaimana haiwan menjaga anak.
Tahap Kedua:
Anak berumur tujuh tahun sehingga baligh(14 tahun)hendaklah kita
mendidik mereka dengan arahan, disiplin dan beri tanggungjawab.
Tahap Ketiga:
Anak berumur 15 tahun hingga dewasa (21 tahun ) hendaklah dididik
dengan cara berkawan, bertukar pendapat dan hormati pendapat mereka
selagi yang tidak bertentangan dengan syariat.
Tahap Keempat:
Anak berumur lebih 21 tahun. Hendaklah para ibu bapa memberikan
kebebasan bertindak selagi tidak bertentangan dengan syariat.Ibu bapa
hanya perlu bertindak sebagai penasihat agar segala tindakkan mereka
terkawal.
1. Kaedah Pesanan dan Arahan.
Pesanan dan
arahan merupakan salah satu daripada kaedah yang disarankan oleh
Rasulullah S. A. W. Anak-anak hendaklah dididik dengan dipesankan
sesuatu terlebih dahulu. Lihat bagaimana reaksi mereka, apakah mereka
boleh melakukannya hanya selepas sekali pesanan. Jika tidak berkesan
maka hendaklah dipesan berulang kali tanpa merasa jemu dan bosan.
Menurut pandangan pakar pendidikan kanak-kanak,anak yang pintar
perlu diberi nasihat dan pesanan 200 kali tanpa bosan supaya mereka
benar-benar memahami pesanan itu dan dapat bertindak dengan baik. Antara
bentuk pesanan dan arahan kepada anak-anak :
• Mengenai solat di awal waktu
• Adab dengan orang tua-tua
• Adab dengan guru
• Adab dengan kawan-kawan
• Tugas harian di rumah
• Mengemas bilik sendiri termasuk meja belajar.
• Tatacara makan mengikut sunnah nabi
• Cara belajar yang berkesan
• Ingat sentiasa menutup aurat apabila keluar dari rumah
• Keselamatan jalan raya
• Tanggungjawab melindungi adik-adik.
2. Kaedah Bercerita
Kaedah
bercerita menguatkan hubungan anak-anak dengan ibu bapa terutamanya
kisah-kisah teladan daripada Al-Quran, kisah nabi dan sebagainya. Tujuan
bercerita ialah untuk mendidik anak-anak secara tidak langsung melalui
pemahamam minda bawah sedar mereka, menyampaikan maklumat dan
menyerapkan pengajaran yang boleh dicungkil daripada cerita tersebut,
mengerat dan merapatkan hubungan anak dan ibu bapa, anak-anak boleh
menggambarkan di minda mereka dengan lebih jelas dan ini lebih berkesan
bergantung kepada kemahiran pencerita.
3. Kaedah Soal jawab
Bersoala
jawab denagn anak akan menggerakkan minda mereka. Ibu bapa yang
cemerlang hendaklah sentiasa bersoal jawab dan mengambil tahu mengenai
diri anak dan perkembangan aktiviti dan pembelajaran mereka. Kaedah ini
hendaklah dilakukan secara berterusan dan tanpa mengira masa, keadaan
dan tempat seperti ketika dalam perjalanan, di rumah, waktu makan dan
sebagainya.
Ibu bapa hendaklah berusaha menjawab semua persoalan.
Seandainya ibu bapa tidak tahu atau tidak pasti jawapan kepada soalan
anak, jangan teragak-agak atau enggan untuk mengaku tidak tahu. Ibu bapa
hendaklah memberi penjelasan atau jawapan kepada persoalan yang ditanya
oleh anak daripada orang yang mahir dalam bidangnya.
Anak-anak
kecil lazimnya suka bertanya soalan yang bertubi-tubi. Ramai ibu bapa
yang tidak mengambil peduli keletah anak-anak ini. Tabiat ini tidak
sewajarnya menjadi amalan ibu bapa kerana tabiat anak-anak yang bertanya
itu sudah menggambarkan pembangunan minda anak-anka yang cemerlang.
Jika ditangani dengan baik anak itu mempunyai potensi yang tinggi untuk
menjadi anak cemerlang.
4. Kaedah Merujuk Pengalaman Lalu
Pengalaman
yang positif boleh dijadikan teladan, pengalaman yang negatif boleh
dijadikan sempadan. Pengalaman ini elok dibuktikan dengan gambar,
dokumen atau barangan peninggalan yang terlibat. Ini kerana pengalamna
ini amat mudah untuk menjelaskan mesej yang ingin kita sampaikan dan
mudah pula dijadikan iktibaroleh anak-anak. Pengalaman anak-anak itu
juga penting. Kaitkan apa perlunay mereka berwaspada denagn peristiwa
pahit yang telah mereka alami atau peristiwa manis dan kejayaan yang
pernah mereka kecapi.
5. Kaedah Nasihat dan Teguran
Berilah
nasihat dan teguran kepada anak-anak dalam hal akidah, ibadah, akhlak,
tanggungjawab, kesihatan, suci hati dan erti kesusahan. Kaedah ini
sangat penting dan ia berbeza dengan kaedah pesanan dan arahan. Ini
kerana nasihat dan teguran tidak boleh dibuat setiap hari atau setiap
masa kerana anak-anak akan mudah merasa jemu dan bosan.
Ketika mendengar nasihat dan teguran daripada ibu bapa, anak hendaklah dilatih supaya memandang wajah kedua-duanya atau tunduk.
6. Kaedah Bermain dan Bergurau
Cuba
tanya diri anda, berapa kerapkah anda bermain-main dan bergurau-gurau
dengan anak-anak anda? Terdapat pelbagai kaedah untuk kita bergurau
dengan anak-anak ketika sedang bermain, beriadah mahupun bersukan.
Matlamat bergurau dengan anak-anak ialah untuk menggembirakan hati
mereka.
Mengikut kajian psikologi, apabila anak berasa gembira
dan disayangi, mereka akan menjadi anak yang berdisiplin dan berakhlak
yang baik. Tetapi jangan pula bergurau melampau batas seperti bermain
dan bergurau berlarutan sehingga meninggalkan ibadah wajib dan tugas
yang lebih penting.
Bapa juga tidak manis bergurau atau bermain
dengan anak perempuan yang telah meningkat dewasa. Begitu juga ibu tidak
manis bermain dengan anak lelaki yang telah meningkat dewasa. Perlakuan
tidak manis ini jika tidak diikat oleh iman yang kuat, sering
berlarutan sehingga boleh menyebabkan berlakunya sumbang mahram.
7. Kaedah Latihan yang Berterusan
Anak
yang cemerlang perlu dilatih secara praktikal dan berterusan. Kaedah
ini juga disarankan oleh Rasullullah S.A.W. Anak kita memang cemerlang
tetapi perlu dilatih secara praktikal dan berterusan. Kaedah latihan
boleh dibahagikan kepada beberapa ciri diantaranya :-
a) Jantina
Ibu
bapa hendaklah memberi tugas kepada anak-anak sesuai dengan jantinanya
seperti tuga yang berat dan kasar diagihkan kepada anak lelaki manakala
anak perempuan kepada kerja-kerja dalaman yang lebih ringan dan sesuai
dengan watak keperempuanan mereka. Bagaimanapun tidak salah jika anak
lelaki diajar dan diasuh melakukan pekerjaan yang sering dilakukan oleh
orang perempuan seperti membasuh pakaian sendiri, menyidai pakaian,
melipat pakaian, memasak, membasuh pinggan dan sebagainya.
b) Usia
Pengagihan
tugas juga perlu diagihkan mengikut usia. Anak yang berusia di bawah
enam tahun belum boleh diberi tanggungjawab yang serius. Tahap
tanggungjawab boleh ditingkatkan apabila usia mereka meningkat dan
mengikut kesesuaian waktu.
Jangan lupa memberi pujian dan
penghargaan kepada anak setelah mereka berjaya melakukan sesuatu
pekerjaan itu. Namun jangan berlebihan kerana bimbang anak itu akan
bersifat takbur.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Keperluan Hidup Bagi Manusia dan Haiwan 1. Semua benda hidup mempunyai keperluan untuk memastikan kehidupan mereka. 2. Manusia dan haiwan a...
-
Tahukah anda bahawa secara purata, seekor rama-rama boleh bertelur sebanyak 200 biji. Daripada sebiji telur kecil, lahirlah seekor ulat ...
-
Tahap Pertama: Anak yang baru lahir sehingga mumayyiz (enam tahun ) hendakkah kita banyak bergurau dan membelai mereka dengan penuh kasih...
-
Alhamdulillah, ini percubaan pertama saya membuat laman blog. Terima kasih kepada pensyarah saya di UPSI kerana memberi tunjuk ajar. Selepas...
-
Tempoh yang paling sibuk dalam kitaran hidup aku..ye lah, menguruskan anak-anak, memasak, mengemas rumah, membasuh baju dan macam-macam lagi...
-
Dear Friends, this is a powerful message in our modern society. We seem to have lost our bearings & our sense of directi...
-
percubaan posting 1
No comments:
Post a Comment